2 maut, 9 hilang, kapal kargo karam di Jepun

2 maut, 9 hilang, kapal kargo karam di Jepun

Kapal itu karam pada jam 2.46 pagi di lokasi antara Nagasaki dan Pulau Jeju, Korea Selatan, di mana ratusan penerbangan dibatalkan semalam akibat cuaca buruk.

(Gambar AP)
TOKYO:
Dua maut dan sembilan hilang selepas sebuah kapal kargo karam di barat daya Jepun dalam keadaan angin kencang musim sejuk, kata pengawal pantai.

Enam orang yang diselamatkan masih tidak sedarkan diri, manakala lima berjaya dipulihkan setakat 8.30 malam waktu tempatan, kata pengawal pantai Jepun yang turut memetik maklumat rakan sejawat Korea Selatan.

Kapal Jintian seberat 6,651 tan didaftarkan di Hong Kong dengan 22 anak kapal warga China atau Myanmar, membuat panggilan kecemasan pada lewat semalam, kata pengawal pantai Jepun.

Kapal itu karam pada jam 2.46 pagi di lokasi antara Nagasaki dan Pulau Jeju, Korea Selatan, di mana ratusan penerbangan dibatalkan semalam akibat cuaca buruk.

Laporan media memetik seorang mangsa berkata, kapal itu miring sebelum dimasuki air seterusnya semua anak kapal dipindahkan ke bot keselamatan.

Tiada butiran mengenai punca kemalangan, namun jurucakap pengawal pantai berkata keadaan angin kencang ketika itu.

Laporan media menyebut kapal berkenaan membawa balak dari Malaysia ke Incheon, Korea Selatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.