8 negeri diramal alami ribut petir

8 negeri diramal alami ribut petir

Cuaca buruk disertai hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sabah.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada kerana hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan di kawasan terjejas. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sabah sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.30 pagi, kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, dan Kulim, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah.

Di Selangor, cuaca buruk diramal berlaku di Klang, Kuala Langat, dan Sepang, sementara di Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, dan Rembau.

Bagi Melaka, kawasan terlibat ialah Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Sabah melibatkan Tawau, Sandakan, dan Kinabatangan.

Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada kerana hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan di kawasan terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.