
SEOUL: Mahkamah Agung pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 40 tahun terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun yang disabitkan kesalahan mengintai dan membunuh bekas teman wanitanya secara kejam, pada 2021 selepas pasangan itu berpisah.
Kim Byung-chan menikam bekas teman wanitanya yang berusia 30-an beberapa kali di apartmen studionya di pusat Seoul pada November 2021. Dia mengintai wanita itu sejak putus cinta pada separuh kedua 2020.
Mangsa meninggal dunia semasa dalam perlindungan polis selepas memfailkan empat aduan terhadap Kim. Perintah sekatan terhadapnya juga dibuat, lapor Yonhap.
Mahkamah daerah menjatuhi hukuman penjara 35 tahun ke atas Kim, namun Mahkamah Tinggi Seoul menambah hukumannya lima tahun lagi, dengan berkata defendan tidak benar-benar menyesal.