
Pasukan penyelamat kini sedang mencari seorang lagi mangsa selepas kejadian yang berlaku semalam di wilayah Kandal kira-kira 53km dari tenggara Phnom Penh, kata ketua polis Kandal, Chhoeun Sochet kepada Reuters.
Katanya, semua mangsa berusia 11 hingga 14 tahun.
“Punca kejadian adalah feri yang terlebih muatan, kecuaian dan tiada jaket keselamatan disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Menurut laporan AFP, dua lagi pelajar dan dua kru feri itu selamat.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyampaikan ucapan takziah dan mengarahkan pihak berkuasa membantu keluarga mangsa.
“Penduduk terutama yang tinggal di sepanjang sungai diminta berhati-hati terutama ketika musim banjir,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Berjuta-juta penduduk Kemboja tinggal dan bekerja di sepanjang Sungai Mekong, laluan air utama yang menyusuri beberapa negara Asia Tenggara hingga ke China.