Eropah catat kematian pertama akibat cacar monyet

Eropah catat kematian pertama akibat cacar monyet

Kes itu adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika.

Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza. (Gambar AP)
ANKARA:
Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu, lapor Agensi Anadolu.

Kes itu juga adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika.

Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol 120 pesakit cacar monyet kini dimasukkan ke hospital, menyumbang 3.2% daripada 3,750 pesakit.

Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza.

Madrid mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,656, diikuti Catalonia (1,406) dan Andalusia (498).

Terdahulu pada Jumaat, Brazil melaporkan kematian akibat cacar monyet iaitu kes pertama di luar Afrika.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.