Protes kenaikan harga bahan api, Peru laksana perintah berkurung

Protes kenaikan harga bahan api, Peru laksana perintah berkurung

Perintah berkurung di Lima dan Callao itu berkuat kuasa sehingga tengah malam Selasa.

Anggota polis mengalihkan tayar yang dibakar dari lebuh raya di Huaycan ketika protes diadakan di pinggir bandar Lima semalam. (Gambar AP)
ANKARA:
Peru mengisytiharkan darurat dan melaksanakan perintah berkurung di bandar Lima dan Callao berikutan “keganasan” yang tercetus, lapor agensi berita Andina pada Selasa.

Keganasan tercetus semalam, apabila kesatuan pekerja lori mengadakan mogok bagi membantah kenaikan harga bahan api.

Presiden Pedro Castillo dalam ucapan berkata, langkah itu diambil kerana beberapa kumpulan dilaporkan berusaha menyekat akses ke kedua-dua bandar berkenaan.

Perintah berkurung berkuat kuasa sehingga tengah malam Selasa, lapor agensi Anadolu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.