Ibu negara New Zealand isytihar darurat akibat banjir

Ibu negara New Zealand isytihar darurat akibat banjir

Penduduk di kawasan rendah dan terdedah banjir dinasihat berpindah dalam tempoh 24 jam akan datang, walaupun tiada arahan evakuasi mandatori dikeluarkan setakat ini.

Wellington kekal di bawah amaran hujan lebat tahap merah berisiko tinggi sehingga malam Selasa, menurut perkhidmatan meteorologi New Zealand. (Gambar MetService NZ)
WELLINGTON:
Ibu negara New Zealand, Wellington pada Isnin mengisytiharkan darurat susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir serius dan tanah runtuh, dengan seorang lelaki dilaporkan hilang, lapor Xinhua.

Polis memaklumkan mereka sedang mencari Philip Sutton dalam lingkungan 60-an dari pinggir bandar Karori, yang dilaporkan hilang selepas kediamannya dinaiki air.

Wilayah itu kekal di bawah amaran hujan lebat tahap merah berisiko tinggi sehingga malam Selasa, menurut perkhidmatan meteorologi New Zealand.

Penduduk di kawasan rendah dan terdedah kepada banjir dinasihat berpindah dalam tempoh 24 jam akan datang, walaupun tiada arahan evakuasi mandatori dikeluarkan setakat ini.

Sebuah pusat bantuan kecemasan dibuka untuk penduduk terjejas.

Beberapa kawasan di selatan Pulau Utara masih menjalankan kerja pembersihan susulan banjir kilat pada Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.