
Meskipun sekarang ialah cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan ditunda dan 2,959 penerbangan dibatalkan pada Isnin.
Syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Amerika Syarikat mencatatkan hampir separuh daripada semua kelewatan dan pembatalan itu, menurut data yang diperoleh Flightradar24.
Pada hujung minggu Krismas, pengembara udara menyaksikan jumlah gangguan penerbangan yang sama dengan 2,513 penerbangan dibatalkan pada Ahad dan 2,850 penerbangan pada Sabtu.
Wakil beberapa syarikat penerbangan, termasuk United, JetBlue dan Delta berkata, penerbangan dibatalkan berikutan kebimbangan jangkitan Omicron dalam kalangan kakitangan.
Purata kes dalam tempoh tujuh hari melonjak kepada hampir 176,000 kes sehari ketika kes varian Omicron dilaporkan semakin meningkat, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.