Jordan hantar pulang ekspatriat tak vaksin mulai 15 Disember

Jordan hantar pulang ekspatriat tak vaksin mulai 15 Disember

Keputusan itu diambil bertujuan melindungi kesihatan awam, menurut Kementerian Dalam Negeri Jordan.

Ekspatriat di Jordan dibenar mendapatkan vaksin secara percuma, tanpa perlu mengemukakan permit residen atau permit kerja.
AMMAN:
Kementerian Dalam Negeri Jordan mengesahkan bahawa langkah tegas akan diambil terhadap ekspatriat yang tidak menerima dua dos vaksin Covid-19.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Agensi Berita Petra melaporkan kementerian memaklumkan mulai 15 Dis ekspatriat yang tidak divaksinasi akan dihantar pulang.

“Keputusan itu diambil bertujuan melindungi kesihatan awam,” menurut kementerian, sambil menyatakan bahawa menggalakkan ekspatriat mendapatkan vaksin juga adalah untuk melindungi mereka daripada jangkitan pada masa depan dan menularkan penyakit itu kepada orang lain.

Ekspatriat dibenarkan mendapatkan vaksin secara percuma, tanpa perlu mengemukakan permit residen atau permit kerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.