Kereta api tergelincir di Montana, beberapa penumpang maut, sekurang-kurangnya 50 cedera

Kereta api tergelincir di Montana, beberapa penumpang maut, sekurang-kurangnya 50 cedera

Terdapat sekitar 147 penumpang dan 13 kru di dalam keretapi api berkenaan.

Lima gerabak Empire Builder tergelincir berhampiran bandar Joplin, kira-kira 4 petang waktu tempatan pada Sabtu. (Gambar AP)
MOSCOW:
Beberapa orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian kereta api penumpang tergelincir di Montana, Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.

Menurut pengendali pengangkutan itu Amtrak, lima gerabak Empire Builder tergelincir berhampiran bandar Joplin pada Sabtu, kira-kira 4 petang waktu tempatan. Terdapat sekitar 147 penumpang dan 13 kru di dalam keretapi api berkenaan.

“Amtrak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengangkut penumpang yang cedera, dan memindahkan mereka yang terselamat,” lapor media tempatan memetik kenyataan Amtrak.

Kereta api itu dilaporkan tergelincir ketika dalam perjalanan menuju ke Seattle.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.