Gempa bermagnitud 5.3 landa timur Jepun

Gempa bermagnitud 5.3 landa timur Jepun

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan atau korban nyawa dilaporkan setakat ini.

Gegaran dicatatkan pada 8.21 waktu tempatan (23:21 GMT pada Jumaat) dengan kedalaman 10 kilometer. (Gambar Reuters)
TOKYO:
Gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Richter direkodkan di wilayah Ibaraki, timur Jepun, lapor Sputnik memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Sabtu.

Gegaran dicatatkan pada 8.21 waktu tempatan (23:21 GMT pada Jumaat) dengan kedalaman 10 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan atau korban nyawa dilaporkan setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.