
Ini menjadikan negara itu yang terbaru di Eropah berbuat demikian susulan laporan penerima vaksin berkenaan jatuh sakit, lapor Reuters.
Sementara itu, Sky News melaporkan langkah berjaga-jaga oleh kementerian kesihatan Jerman itu adalah bagi menyiasat laporan dakwaan penerimanya mengalami darah beku.
Profssor Andrew Pollard, pengarah kumpulan vaksin Oxford yang membangunkan AstraZeneca itu berkata bukti yang ada menunjukkan tiada peningkatan fenomena darah beku di United Kingdom di mana vaksin itu turut diberikan.
AstraZeneca menegaskan tiada sebab untuk bimbang, manakala European Medicines Agency dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata data yang ada tidak mencadangkan bahawa vaksin itu menyebabkan darah beku, seterusnya orang ramai patut terus diimunisasi.