
WASHINGTON: Hampir 160 juta rakyat mengundi pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020, angka tertinggi sejak 120 tahun, menurut data laman web Projek Pilihan Raya AS.
Berdasarkan anggaran awal oleh profesor di Universiti Florida, Michael McDonald, yang mengendalikan laman web itu, sejumlah 159,817,000 undi direkodkan.
Kadar keluar mengundi 66.9%, tertinggi sejak 1900, iaitu 73.7%, lapor Agensi Anadolu.
Pada 2016, kira-kira 137.5 juta rakyat Amerika mengundi, memetik data Biro Banci AS.