Nikmati 10 percutian berkonsep alam semulajadi hanya 2 jam dari Kuala Lumpur

Nikmati 10 percutian berkonsep alam semulajadi hanya 2 jam dari Kuala Lumpur

Percutian hujung minggu boleh membantu merangsangkan kembali minda, tubuh dan jiwa anda bagi memulakan hari baru di minggu seterusnya.

The Haven Resort, Ipoh hanya dua jam memandu dari Kuala Lumpur. (Gambar Klook)

Bosan dengan rutin harian dan stres di tempat kerja? Anda ingin merehatkan minda dengan keindahan alam semulajadi? Apa kata cuba beberapa percutian singkat dan berehat dengan keindahan alam semulajadi yang hanya beberapa jam perjalanan sahaja dari bandar Kuala Lumpur.

1. Tiarasa Escapes, Janda Baik (45-minit memandu dari KL)

Kini, anda boleh menikmati diskaun 26% dengan Klook apabila anda mengidap di Tiarasa Escapes di Janda Baik. (Gambar Klook)

Jika anda tidak berminat untuk berkhemah, mungkin anda patut mencuba ‘glamping’ atau perkhemahan mewah. Luangkan satu malam di khemah gaya safari atau vila di atas pokok di Tiarasa Escapes yang terletak di hutan Janda Baik.

Inilah percutian semulajadi yang cukup sempurna untuk keluarga, pasangan, rakan-rakan atau untuk aturcara korporat.

KlookTip: Nikmati potongan diskaun 26% apabila anda menempah pakej percutian di Klook.

Pengalaman ‘Glamping’ 2H1M

  • Harga Biasa: RM827.00
  • Harga Eksklusif-Klook: RM800.00

Pakej termasuk:

  • Pengidapan satu malam
  • Set sarapan/makan tengahari
  • Jalan-jalan menikmati alam semulajadi
  • Pengalaman unggun api
  • Tayangan wayang gambar di bawah cahaya bulan

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

2. Gopeng Glamping Park (Dua jam memandu dari KL)

The Gopeng Glamping Park. (Gambar Klook)

Gopeng Glamping Park menawarkan percutian yang penuh dengan suasana alam semulajadi. Banyak yang perlu dijelajahi termasuklah sejarah kebudayaan, gua yang menarik dan hutan dengan laluan ‘trekking’.

Tidur di dalam khemah beratapkan awan dan bintang serta menjelajah kawasan persekitaran yang sangat menarik keesokan harinya pasti membuatkan percutian anda sesuatu yang sukar dilupakan.

  • Tiket masuk ke Gopeng Glamping Park
  • Makanan dan minuman
  • Pengidapan satu-malam di Gopeng Glamping Park
  • Menggunakan semua kemudahan yang disediakan
  • Bilik mandi
  • Aktiviti merakit

Alamat: 0846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak

3. The Haven Resort, Ipoh (Dua jam memandu dari KL)

Haven Resort di Ipoh. (Gambar Klook)

The Haven Resort ini adalah hotel resort yang terletak di Ipoh, dikelilingi hutan dan tasik.

Ia menawarkan percutian yang menyatukan kehidupan di hutan dan bandar, serta memberikan satu pengalaman yang amat menyeronokkan.

Kemudahan yang disediakan termasuklah kolam renang, gim, spa, bilik stim, bar di tepi kolam renang dan kemudahan bersukan.

#TipKlook: Nikmati potongan sehingga 60% bila anda menempah pakej percutian di Klook.

Family Lakeside Suite untuk 4 orang

  • Harga biasa: RM2,030
  • Harga Klook: RM913 (POTONGAN 55%)
  • Disertakan bersama pengidapan 1 malam, sarapan, makan tengahari, makan malam, minuman selamat datang, ‘check-out’ pada pukul 2petang dan minuman dan snek ringan.

Couple Lakeview Suite untuk 2 orang

  • Harga biasa: RM1,218
  • Harga biasa: RM495 (POTONGAN 59%)
  • Disertakan bersama pengidapan satu-malam, sarapan, makan tengahari, makan malam, minuman selamat datang, ‘check-out’ pada pukul 2petang dan minuman serta snek ringan.
  • Pakej spa juga disediakan.

Alamat: Jalan Haven Persiaran Lembah Perpaduan Tambun, 31150 Ipoh, Perak

4. Hijau @ Gopeng (Dua jam memandu dari KL)

HijauAdventure in Gopeng adalah pusat rekreasi yang unik dengan pengidapan mesra-alam (‘glamping’ atau perkhemahan mewah yang diperbuat daripada rumah kayu) dan pelbagai aktiviti luar yang membolehkan anda mendekati alam semulajadi.

Penuhi percutian anda dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti melihat matahari menyingsing, melawat gua atau merakit.

Tempah keseronokan Pengembaraan Hijau anda di Klook!

Pilihan pengidapan:

  • Bougain Villa [2-4 orang]
  • River Cabin [4-6 pax/10-20 orang]
  • Glamping Loft [4-8 orang]

Tambahkan aktiviti yang anda suka:

  • Melihat matahari menyingsing
  • Merakit
  • Air terjun
  • Program kebudaayaan orang asli
  • Pakej makan untuk 3 orang
  • BBQ

Alamat: Lot 13319, Kebun Ulu Gerumtum, Perak, 31600 Gopeng, Perak

5. Sekeping Serendah (50-minit memandu dari KL)

Terletak berdekatan dengan bandar Serendah, ianya tepat untuk percutian berpasangan, keluarga dan rakan-rakan. Di sini anda akan menyelami kehidupan alam sambil menjalankan aktiviti BBQ atau menghabiskan masa di kolam renang.

Alamat: Serendah FS, 43300, 48200, Selangor

6. The Dusun, Negeri Sembilan (Satu-jam 15-minit memandu dari KL)

Ia syurga bagi penggemar alam semulajadi. Terletak di dalam hutan dan anda boleh menikmati keindahan bukit Mantin dari kejauhan.

Luangkan masa bersama yang tersayang dengan suasana yang mendamaikan ini. Sememangnya tepat untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota metropolitan.

Alamat: 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770, Seremban

7. Dusuntara Jungle Retreat (Satu-jam memandu dari KL)

Dibina oleh pasangan suami isteri Kamal dan Hawa, Dusuntara Jungle Retreat terletak di kaki bukit Genting Highlands, hanya sejam perjalanan dari KL menaiki keretapi atau kereta.

Apabila sampai, pengunjung akan dibawa dengan kereta pacuan 4 roda untuk ke destinasi sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Terdapat juga dusun, hutan tropikal dan laluan sungai berdekatan. Anda juga boleh memilih pelbagai aktiviti yang disediakan seperti ‘jungle trekking’ dan memancing.

Tetapi jika anda sukakan aktiviti yang menenangkan, boleh saja berendam di kolam air masin atau boleh juga berkaraoke.

Alamat: 48200 Batang Kali, Selangor

8. Taman Hutan Templer (30-minit memandu dari KL)

Taman Templer adalah destinasi air terjun yang popular bagi penduduk tempatan. (Gambar Pixabay)

Manjakan diri anda dengan keindahan Taman Hutan Templer yang dibina di atas tiga ekar tanah, pemiliknya telah membina dua chalet, satu baru dan lama dari kayu Merbau dan Jati.

Pengunjung boleh menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan seperti jet spa, dapur di luar dan kolam mandi menghala Bukit Takun.

Walaupun ia agak terpencil, anda masih bebas melayari Instagram atau Facebook kerana tempat ini menawarkan WiFi Maxis percuma.

Di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan kerana di sekitarnya terdapat Air Terjun Kanching, Batu Caves, Kolam Air Panas Selayang dan banyak lagi.

Alamat: 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

9. The Shorea (Satu jam memandu dari KL)

Terletak tidak jauh dari bandar Seremban, resort ini menawarkan percutian mewah dengan suasana alam semujadi.

Tepat untuk percutian bersama keluarga, terdapat pelbagai aktiviti menarik dan permandangan indah yang boleh dinikmati bersama keluarga.

Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai,, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

10. Kuang Kampung Retreat (40-minit memandu dari KL)

Alami percutian ala-kampung dalam banglow tiga tingkat di Kuang Kampung Retreat, Sungai Buloh. Dikelilingi pelbagai pokok dan herba, pengunjung boleh menikmati keindahan alam di dalam mahupun luar banglow.

Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

Artikel ini pernah disiarkan di Klook, platfom tempahan nombor satu yang mana anda boleh menemukan dan menempah pelbagai perkara menarik pada harga hebat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.