Zahid kuarantin di rumah

Zahid kuarantin di rumah

Presiden Umno dilaporkan menjadi kontak rapat ahli MT, Razlan Rafii, yang dilapor positif baru-baru ini.

KOTA KINABALU:
Presiden Umno, Zahid Hamidi, sedang menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat seorang pemimpin parti itu yang positif Covid-19 ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau dilaporkan menjadi kontak rapat ahli majlis tertinggi Umno, Razlan Muhammad Rafii, yang dilaporkan positif baru-baru ini.

“Oleh kerana kuarantin, saya memantau dari rumah segala perkembangan terbaharu mengenai hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya di Facebook.

Selain Zahid, pemimpin BN lain yang diarahkan menjalani kuarantin adalah Setiausaha Agung Annuar Musa.

Annuar turut menjadi kontak rapat Razlan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.