
Cerita tersebut dikongsi Mira menerusi laman sosial Instagram sambil menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56 tahun.
“Abah adalah seorang yang unik. Dia tidak banyak bercakap. Tetapi dia mempunyai cara tersendiri meluahkan rasa cinta dan sayangnya. Terima kasih Abah atas kasih sayang yang dicurahkan sejak 2hb April 1993 lagi. Saya sayang abah. Abah tiada galang-gantinya.
“Selamat hari lahir yang ke-56 tahun cinta pertama. Semoga Abah sentiasa dilindungi setiap saat, setiap minit, setiap jam setiap hari.”
Mira turut memuat naik paparan skrin menunjukkan perbualan antara Mira dan bapanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi perbualan tersebut, bapanya menegur pakaian Mira yang tidak sesuai.
“Jeans tu ketat dan blouse kamu pada paras paha. Kalau baju sampai paras lutut tidaklah nampak teruk sangat.
“Di masa hadapan, jika ia akan dipaparkan di media, cuba elakkan pakaian begitu.
“Mungkin sebab ia berkilat dan menyerlahkan bentuk tubuh,” tulisnya
Mira kemudian menerima teguran tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati.
“Okay Abah
“Baik
“Faham
“Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya sayang abah sangat,” tulis Mira pula.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]