
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin di rumah anak perempuannya di Kathmandu, kata bekas presiden Persatuan Pendaki Nepal Ang Tshering Sherpa.
Menurut Agensi Anadolu pada 2017 beliau diserang strok sehingga menjejaskan fungi otaknya.
Diberi gelaran “Snow Leopard” kerana kejayaannya yang luar biasa menjejakkan kaki sebanyak 10 kali di puncak Everest.
Beliau menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter (29,000 kaki) buat pertama kali tanpa bantuan oksigen pada 1987.
Pada 2017, beliau menerima sijil Guinness World Records selepas berjaya menawan puncak Everest untuk kali ke-10 pada 1997.
“Beliau akan sentiasa dikenang untuk pencapaiannya yang luar biasa, membuatkan negara bangga. Kita kehilangan bintang yang bersinar dalam kalangan komuniti pendaki gunung,” kata Ang Tshering Sherpa.
Ang Rita Sherpa dilahirkan pada 1948 di sebuah perkampungan di pergunungan Everest.