6 mayat dipercayai warga Indonesia ditemui lemas dekat Kota Tinggi

6 mayat dipercayai warga Indonesia ditemui lemas dekat Kota Tinggi

Polis berkata, mangsa dipercayai cuba memasuki negara ini melalui jalan laut di Pantai Teluk C, Bandar Penawar awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora berkata, polis dan tentera seterusnya berjaya menangkap 6 lagi lelaki dewasa warga Indonesia, dipercayai daripada kumpulan yang sama, lebih kurang 1 km dari tempat kejadian.
JOHOR BAHRU:
Enam mayat terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki yang dipercayai pendatang tanpa izin warganegara Indonesia ditemui di pesisir Pantai Teluk C, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora berkata, kesemua mangsa, yang dipercayai berusia antara 31 hingga 46 tahun itu, dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan laut dan ditemui orang awam di pesisir pantai itu pada 9.40 pagi tadi.

“Kesemua mangsa dipercayai lemas apabila turun dari bot pancung disebabkan ombak besar.

“Pihak polis dan tentera seterusnya berjaya menangkap 6 lagi lelaki dewasa warganegara Indonesia, dipercayai daripada kumpulan yang sama, iaitu lebih kurang 1 km dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai yang berada dalam bot berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mayat mangsa yang lemas dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk dibedah siasat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), manakala 6 yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.