
SSM berkata, kadar pengurangan kompaun 90% itu terpakai untuk semua kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016.
“Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90%,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semakan status kompaun boleh dibuat melalui permohonan e-mel [email protected], hubungi talian 03-22995334 dan melalui https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau portal ezBiz Online di https://ezbiz.ssm.com.my serta pejabat SSM di seluruh negara.