Lebih 25 juta kes Covid-19 disahkan di seluruh dunia

Lebih 25 juta kes Covid-19 disahkan di seluruh dunia

Seramai 842,915 pesakit Covid-19 meninggal dunia di seluruh dunia setakat ini.

Seorang kakitangan perubatan mengambil sampel darah daripada seorang wanita ketika kempen ujian saringan Covid-19 dari rumah ke rumah di kawasan penempatan Villa Rosasani, La Paz, Bolivia pada Jumaat lalu. (Gambar AP)
PARIS:
Lebih 25 juta kes Covid-19 disahkan di seluruh dunia, menurut pengiraan sumber rasmi oleh AFP hari ini.

Sekurang-kurangnya 25,029,250 orang dijangkiti virus itu dengan 842,915 daripadanya meninggal dunia.

Hampir 40% daripada semua kes Covid-19 itu dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat dan Brazil, 2 negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.