PM Jepun letak jawatan

PM Jepun letak jawatan

Abe berkata beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatan akibat masalah kesihatan. (Gambar AFP)
TOKYO:
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya dalam sidang media pada Jumaat, disebabkan masalah kesihatan, lapor agensi berita Xinhua.

Abe berkata, beliau perlu menjalani rawatan jangkitan usus yang dihidapinya, penyakit yang menyebabkannya berundur buat seketika pada 2007.

Beliau berkata “Saya akan menjalani rawatan untuk tempoh yang panjang”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.