2 biji telur dihantar ke angkasa lepas, tak pecah bila jatuh

2 biji telur dihantar ke angkasa lepas, tak pecah bila jatuh

Ia menunjukkan bahan dalam telur sangat sesuai digunakan dalam kajian angkasa lepas.

Kajian menunjukkan bahan dalam telur sangat sesuai digunakan dalam kajian angkasa lepas.

Sekumpulan pelajar sains di sebuah sekolah menengah, yang dikenali sebagai “Earth To Sky Calculus”, menghantar 2 biji telur ke angkasa lepas dengan menggunakan belon.

Tujuan 2 biji telur itu dihantar ke angkasa bagi mengkaji ketahanan kulit telur berkenaan jika ia jatuh daripada angkasa lepas.

Dalam eksperimen terbabit, 2 biji telur itu mencecah altitud 34km sebelum belonnya pecah dan telur itu jatuh dan mendarat di kawasan pergunungan Sierra Nevada.

Menariknya, telur berkenaan tidak pula pecah, menunjukkan kulit telur mempunyai bahan yang sangat sesuai untuk eksplorasi angkasa.

Kulit telur secara khususnya mempunyai kalsium karbonat yang mempunyai kekuatan tahanan dan suhu tertentu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.