
Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana.
Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
- Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari.
- Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
- Jika panjang, kerat 2/3.
- Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
- Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
- Cucukkan batang kari tadi.
- Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
- Tunggu hingga daun baru tumbuh.
- Pindahkan ke tanah / pasu besar.
- Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Selamat mencuba!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]