Tindakan tegas pasang bendera terbalik, kata timbalan menteri

Tindakan tegas pasang bendera terbalik, kata timbalan menteri

Perbuatan memasang Jalur Gemilang terbalik atau merosakkan bendera lebih daripada sekadar tingkah laku buruk dan tidak bermoral.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Shabudin Yahya berkata kerajaan tidak akan berkompromi dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja berbuat demikian kerana ia disifatkan seperti pengkhianatan terhadap kedaulatan negara. (Gambar PDRM)
BUTTERWORTH:
Kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak atau individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik kerana ia pengkhianatan terbuka kepada negara.
Shabudin Yahya

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Shabudin Yahya berkata, perbuatan memasang Jalur Gemilang terbalik atau merosakkan bendera yang dilihat masih berlaku ketika ini sebenarnya lebih daripada sekadar tingkah laku buruk dan tidak bermoral.

“Perbuatan tersebut sebenarnya boleh dianggap sebagai 1 ideologi yang cuba disebarkan oleh individu atau kumpulan tertentu ketika ini dan ia amat bercanggah dengan hasrat kita untuk terus mendaulatkan negara,” katanya hari ini.

Shabudin yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan bersedia mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja berbuat demikian kerana ia disifatkan seperti pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.

“Kalau perbuatan itu dibiarkan, mungkin akan sampai ke suatu tahap lebih meruncing kepada institusi negara, jadi kita tidak akan membiarkan pengkhianat ini menyebarkan ideologi mereka kerana ia jelas menyalahi prinsip kedaulatan negara yang kita junjung selama ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.