Polis siasat isu kibar bendera Israel di Kelantan

Polis siasat isu kibar bendera Israel di Kelantan

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.

bendera israel
Jumaat lalu sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.
KOTA BHARU:
Polis membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika ‘Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza’ yang berlangsung di Lembah Sireh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.

Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, polis akan memanggil pihak penganjur untuk diambil keterangan lanjut berhubung kes itu dalam tempoh terdekat.

Jumaat lalu, kejadian berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh 8km sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.