
Setiausaha Agungnya, J Solomon dalam sebuah persidangan perwakilan hari ini berkata, “beberapa bank memaklumkan ahli kami yang pekerjaan mereka akan dimansuhkan dan mereka berisiko kehilangan pekerjaan apabila kerja mereka menjadi automatik atau didigitalkan”.
Sebagai contoh, katanya, beberapa bank mencadangkan tidak perlu mempunyai kakitangan perkeranian selepas beberapa aspek pekerjaan mereka diganti dengan automasi.
Katanya, penyelidikan NUBE bagaimanapun menyangkal cadangan itu, jadi bank terbabit perlu berhenti terus menakutkan pekerja, sebaliknya mencontohi syarikat lain yang menyediakan kursus kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran bagi memastikan mereka kekal relevan.
Beliau berkata, ahli NUBE tidak menentang digitalisasi, tetapi mahu latihan dan peningkatan kemahiran yang diperlukan.
Bank Negara Malaysia (BNM) dinamakan NUBE kerana menolak permintaannya secara berterusan untuk menjelaskan dasar awam bagi melindungi ahli mereka.
“Dengan menolak untuk menangani kebimbangan ahli kita, BNM mungkin secara langsung mendorong bank mengetepikan kebajikan pekerja dalam mengejar digitalisasi.”
Solomon berkata, NUBE akan dipaksa mengambil tindakan perusahaan, jika bank terus mengabaikan mata pencarian pekerja, terutamanya ahli B40 dan M40.
Beliau mengaitkan masalah itu dengan kegagalan kerajaan secara menyeluruh, dan menggesa Putrajaya mendengar kebimbangan mereka dan mengutamakan keperluan rakyat berbanding perebutan kuasa.
“Kami sudah nampak sekarang dan juga ketika pemerintahan kerajaan terdahulu yang pemimpin dilihat tidak memahami apa yang kami lalui.
“Kami mahu suara kami didengari kerajaan dan Parlimen atau kita gagal.”