Pejuang parti baharu Dr M

Pejuang parti baharu Dr M

Mahathir berkata pertikaian dalam PPBM menyebabkan beliau menubuhkan parti baharu itu.

Dr Mahathir Mohamad berkata asas penubuhan parti baharu itu mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini, yang lari daripada perjuangan diterajui Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan parti baharu yang ditubuhnya sebagai Pejuang.

Menerusi entri di blog Chedet hari ini, Mahathir berkata pertikaian dalam PPBM menyebabkan beliau menubuhkan parti baharu itu.

“Kita tubuh parti untuk selamatkan kita. Parti kita ‘dihijack’ untuk selamatkan musuh kita.

“Demikian PPBM. Ditubuh untuk hapuskan kleptokrat. Sekarang beralih untuk selamat kleptokrat.

“Pilih parti kami. Pilih Pejuang,” kata bekas pengerusi PPBM itu.

Asas penubuhan parti baharu itu mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini, yang lari daripada perjuangan diterajui Muhyiddin Yassin.

Parti itu diterajui bersama 6 pemimpin PPBM yang hilang keahlian selepas mengambil pendekatan tidak menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Muhyiddin.

Mereka ialah Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah, Marzuki Yahya dan Sharuddin Mat Salleh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.