Lelaki bersalah dera isteri mati jatuh bangunan mahkamah

Lelaki bersalah dera isteri mati jatuh bangunan mahkamah

Terdahulu lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan secara sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada isterinya.

Seorang lelaki berusia 30 tahun maut dipercayai terjatuh dari Mahkamah Majistret Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:
Seorang lelaki berusia 30 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 5 bangunan Mahkamah Majistret semalam selepas dia dijatuhi hukuman 2 bulan penjara dan denda RM2,000 kerana mendera isterinya.

Terdahulu lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan secara sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada isterinya.

Menurut polis, sebelum prosidng bermula tertuduh menimbulkan kekecohan dan bertindak di luar kawalan. Dia kemudin meminta dibawa ke bilik air.

Bagaimanapun, polis mahkamah enggan melayan permintaan itu dan memintanya menunggu sehingga prosiding selesai.

Dua anggota polis kemudian membawanya ke tandas selepas prosiding itu. Bagaimanapun, tertuduh dipercayai terjatuh dari tingkap dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata, si mati sebelum itu mengugut akan membuang air besar dalam mahkamah jika dia tidak dibawa ke tandas.

Katanya, soal siasat akan dijalankan terhadap 2 anggota polis berkenaan.

Sahabudin berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut manakala anggota polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.