Kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 16 juta

Kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 16 juta

Sebanyak 16,050,223 kes positif dengan 645,184 kematian direkodkan setakat ini.

Seorang model memakai topeng ketika menyertai sebuah pertunjukan fesyen topeng di Seoul, Korea Selatan, Jumaat lalu. (Gambar AP)
PARIS:
Kes Covid-19 di seluruh dunia mencecah 16 juta setakat ini, dengan lebih separuh daripadanya dicatatkan di Amerika Syarikat dan Caribbean, menurut statistik AFP yang memetik sumber rasmi.

Sebanyak 16,050,223 kes, termasuk 645,184 kematian direkodkan.

AS ialah negara paling teruk terjejas dengan 4,178,021 kes dan 146,460 kematian, manakala Eropah pula mencatatkan 3,052,108 kes serta 207,734 kematian.

Penularan Covid-19 terus meningkat dengan lebih 5 juta kes direkodkan sejak 1 Julai lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.