Ikan bermulut manusia, adakah ia wujud atau hanya sekadar mitos?

Ikan bermulut manusia, adakah ia wujud atau hanya sekadar mitos?

Ikan dikenali sebagai Triggerfish memang wujud dan ia memang mempunyai mulut serta gigi seperti seorang manusia.

Ikan dikenali sebagai Triggerfish memang wujud dan ia memang mempunyai mulut serta gigi seperti seorang manusia.

Jika anda fikirkan Angelina Jolie mempunyai bibir yang seksi dan pandangan mata yang tajam, anda mungkin belum berjumpa lagi dengan seekor ikan yang memiliki mulut lebih seksi, malah lebih ganas.

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh @RaffNasir, dia memuat naik seekor ikan yang mempunyai mulut dan gigi seperti seorang manusia.

Sejak dimuat naik ciapan itu mendapat lebih 9,000 perkongsian dan lebih 14,000 tanda suka.

Namun, adakah benar ikan jenis ini wujud?

Dan jika wujud, adakah benar mulut dan giginya seakan-akan manusia?

Untuk jawapan ringkas, ya ikan ini memang wujud dan ia memang mempunyai mulut serta gigi seperti seorang manusia.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah Triggerfish atau namanya saintifiknya adalah Balistidae.

Hanya ada 40 spesies di seluruh dunia dan ikan ini tidak asing lagi bagi penyelam dan peminat ikan.

Ikan ini cukup agresif. Giginya kuat mampu menghancurkan landak laut serta mengoyakkan pakaian selam.

Triggerfish terkenal dengan sikap “nakal”.

Namun kenakalan ikan ini hanya akan dipamerkan jika anda menggangu kawasan mereka.

Apa yang dilakukan ikan ini ketika mereka rasa terancam? Mudah sahaja, mereka akan menggigit anda dengan gigi mereka yang kuat itu.

Apa yang menariknya, bukan ikan ini sahaja yang mempunyai bibir tebal bak Angelina Jolie dan gigi putih bak Roberto Firminho – pemain bola sepak untuk pasukan Liverpool.

Ikan sheepshead yang biasa ditemui di Amerika Syarikat juga mempunyai persamaan yang sama iaitu mulut dan beberapa garis gigi seperti manusia.

Rahang otot yang kuat membolehkan ikan ini menggunakannya untuk menikmati kerang, ketam atau tiram.

Manakala Cyrtocara moorii atau lebih dikenali sebagai Cichild blue dolphin yang sering dipamerkan di beberapa akuarium rumah juga mempunyai penampilan yang seakan-akan sama.

Dengan badan berwarna biru, benjolan di kepala dan mulut seperti manusia.

Selain itu, ikan Mdoka yang berasal dari Tasik Malawi di Afrika juga mempunyai bibir yang seksi seolah-olah bibirnya baru lepas dicucuk untuk kelihatan mungil.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.