
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba pada 10.42 pagi dengan ditemani peguamnya, RSN Rayer.
Semalam, Lim menghabiskan 7 jam di SPRM untuk membantu siasatan ke atas projek itu, selepas memberi keterangan selama 6 jam pada Rabu.
Projek bernilai RM6.3 bilion itu dirancang ketika Lim mentadbir Pulau Pinang.
SPRM sudah memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, beberapa exco dan bekas exco negeri itu untuk membantu siasatan.
Setakat ini, seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan, dan kemudian dilepaskan dengan ikat jamin, dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan ke atas projek itu berkaitan dakwaan pengubahan wang dan 32 individu sudah dipanggil memberi keterangan.
Katanya, tanggapan kes itu sudah ditutup tidak betul kerana siasatan berterusan sejak 2017.