
Afiq Noor mahu polis menyiasat presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahaya berkait komentar beliau di portal Malaysiakini.
Dalam tulisan itu, Aminuddin mencadangkan sebuah sistem “semi-demokrasi” yang menyaksikan selain jawatan perdana menteri, semua jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak dipegang oleh wakil rakyat, tetapi oleh golongan teknokrat dan penjawat awam.
Afiq berkata, walaupun beliau menghormati kebebasan bersuara, tetapi cadangan itu menggugat sistem demokrasi.
“Di bawah Seksyen 124 (B), (C) dan (D) Kanun Keseksaan kerajaan mengehadkan ucapan yang menggugat demokrasi berparlimen.”
Beliau berkata, cadangan Aminuddin merampas kuasa perdana menteri untuk melantik menteri Kabinetnya.
“Cadangan itu juga bersifat menghasut kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.”