Umat Islam sambut Aidilfitri Ahad ini

Umat Islam sambut Aidilfitri Ahad ini

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

KUALA LUMPUR:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan raja-raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada Ahad, 24 Mei 2020,” katanya malam ini.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.