Pelajar UPSI tidak dibenar pulang susulan 2 kes positif Covid-19

Pelajar UPSI tidak dibenar pulang susulan 2 kes positif Covid-19

Dua pelajar UPSI yang pulang ke Sabah baru-baru ini didapati positif Covid-19.

Pelajar UPSI tidak dibenarkan pulang ke kampung bagi membolehkan ujian saringan dijalankan susulan 2 kes positif Covid-19 dalam kalangan mereka. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan daripada pulang ke kampung masing-masing bagi membolehkan ujian saringan dijalankan susulan 2 kes positif Covid-19 dalam kalangan mereka.

Beliau berkata, ujian saringan perlu dijalankan terlebih dahulu berikutan 2 pelajar universiti itu yang pulang ke Sabah baru-baru ini didapati positif Covid-19.

“Pelajar dari UPSI sahaja yang masih ditahan di universiti kerana kita nak buat saringan selepas berlakunya kes 2 positif (Covid-19) pelajar yang pulang ke Sabah.

“Mereka lama di universiti tak keluar ke mana-mana dalam tempoh lebih sebulan. Kita anggap tidak ada lagi jangkitan. Tetapi ada lagi tiba-tiba positif,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini.

Ismail juga berkata, terdapat pelajar yang mahu pulang ke Sabah belum dibenarkan kerana beberapa urusan penerbangan belum selesai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.