
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berkenaan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang, digerakkan ke rumah pengerusi DAP Sarawak itu.
“Komander operasi melaporkan kebakaran sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar di bahagian atas bangunan, melibatkan sebuah bilik bacaan di tingkat atas rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiong berkata pasukan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal dan memadamkan kebakaran itu.
“Kebakaran itu mengakibatkan bilik terbabit terbakar 20%, dan semasa kejadian terdapat 5 mangsa, iaitu 2 lelaki dan 3 wanita berada di dalam kediaman itu.
“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, manakala punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Difahamkan, Chong berada di rumah berkenaan semasa kejadian dan belum membuat sebarang komen mengenai insiden terbabit