Kurusnya… Penampilan terbaru Adele mengejutkan peminatnya

Kurusnya… Penampilan terbaru Adele mengejutkan peminatnya

Beberapa pakar penjagaan diri meneka Adele kehilangan hampir 44.5kg selepas bekas jurulatih peribadinya mendedahkan Adele mengamalkan senaman dan 90% penjagaan makanan.

Penampilan terbaru Adele ternyata jauh berbeza apabila kehilangan hampir 44.5kg. (Gambar Instagram)

Penyanyi popular, Adele mengejutkan peminatnya dengan penampilan terbaharu yang jauh berbeza.

Melalui gambar terbaru yang dikongsi di laman Instagramnya, Adele yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 semalam, memuat naik gambarnya yang jauh lebih langsing berbanding ketika awal keumculannya dalam industri.

Menurut laporan Hello, beberapa pakar penjagaan diri membuat telahan Adele sudah kehilangan hampir 44.5kg.

Bekas jurulatih peribadinya, Camila Goodis mendedahkan Adele mengamalkan senaman namun, 90% rahsianya adalah penjagaan makanan.

“Ia adalah diet yang baik untuk mengurangkan berat badan. Minggu pertama sedikit sukar dengan pengambilan jus hijau dan makanan 1,000 kalori saja.

“Dia tidak kelihatan terlalu kurus tetapi tampil hebat,” katanya.

Katanya, Adele turut meninggalkan makanan yang diproses, minuman bersoda dan gula.

Album debut Adele berjudul 19 menampilkannya sebagai pemain piano, gitar dan bass.

Album keduanya, 21, berjaya merekodkan jualan 31 juta salinan di seluruh dunia dan membawa kemenangannya dalam Anugerah Grammy pada 2011.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.