
Memandangkan kita ada 5 hari lagi untuk tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 malah tidak mustahil ia akan disambung sepanjang bulan Ramadan maka sudah pasti semua keluarga akan memasak untuk juadah berbuka serta bersahur.
Semestinya pelbagai hidangan yang sudah dirancang untuk dimasak kepada seisi keluarga sepanjang Ramadan termasuklah yang berkhasiat.
Namun ada kalanya bila kehabisan idea, lauk semudah ikan goreng dan sayur sudah memadai untuk dijadikan hidangan.
Salah satu sayur sememangnya menjadi kegemaran ramai, ialah brokoli sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat.

Malah jika ke pasar sudah pasti brokoli antara sayur yang mesti dibeli.
Tapi adakah anda perasan ketika membersihkan sayur ini pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.
Seperti yang kita semua sedia maklum untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun tertentu digunakan.
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.
Bersih guna 3 bahan dapur ini sahaja.
Caranya mudah dan bahannya sememangnya ada di dapur.
1. Cuka
2. Garam
3. Air bersih
Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit.
Kemudian bilas dengan air bersih.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]