
Penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada seluruh industri termasuk pelancongan di seluruh dunia.
Lokasi-lokasi utama peranginan terkenal dilihat sepi tanpa kehadiran pelancong apabila pihak berkuasa di setiap negara mengambil langkah “tutup pintu” buat sementara waktu.
Itali yang sememangnya terkenal dengan pusat pelancongan dunia mengambil langkah selamat bagi mengelak jangkitan pandemik Covid-19 dengan merancang membina “booth” atau kiosk di pesisiran pantai.
Rekaan kiosk menggunakan “plexiglass” (4.5 meter x 2.5 meter) bakal mengubah landskap di pesisiran pantai apabila pengunjung akan berada di dalam kiosk itu.
Lakaran awal untuk pembinaan kiosk itu sudah lengkap dibuat oleh Neon Group 2.
“Idea ini timbul bagi memastikan keselamatan dalam tempoh penularan wabak koronavuris ini dan dalam masa sama mengembalikan aktiviti di sekitar pantai.
“Minggu lalu kami membayangkan untuk kembali ke pantai dan seterusnya tercetus idea ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Nuova Neon 2, Claudio Ferrari seperti dilaporkan Dailymail.co.uk
Ferrari memberitahu, pihaknya juga menerima permintaan untuk memasang kiosk itu di kawasan pantai dan juga di meja makan restoran sebagai pelindung.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]