Shenzhen bandar pertama di China haramkan makan kucing dan anjing bermula 1 Mei

Shenzhen bandar pertama di China haramkan makan kucing dan anjing bermula 1 Mei

Shenzhen menjadi bandar pertama China melarang penjualan dan makan daging anjing dan kucing.

China menyekat penjualan apa sahaja jenis daging haiwan yang berkemungkinan besar mampu menyebarkan virus kepada manusia. (Gambar AP)

Sejak penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, pemerintah kota Shenzhen, China telah mengeluarkan larangan memakan daging anjing dan kucing kepada penduduknya.

Sebelum ini, para saintis percaya penularan awal wabak Covid-19 berlaku disebabkan budaya memakan makanan eksotik di China.

Beberapa tanda awal penularan wabak ini ditemui di sebuah pasar basah di Wuhan yang menjual binatang eksotik seperti kelawar, ular, musang, anjing dan kucing serta binatang liar lain.

Atas dasar kemanusian dan tanggungjawab, pemerintah Kota Shenzen telah mengeluarkan perintah larangan memakan daging anjing dan kucing yang akan berkuatkuasa pada 1 Mei nanti.

“Anjing dan kucing merupakan binatang peliharaan yang memiliki hubungan paling dekat dengan manusia dibandingkan binatang lain dan larangan memakan anjing dan kucing serta binatang lain merupakan pelaksanaan umum di beberapa negara maju seperti di Hong Kong serta Taiwan.

“Larangan ini juga respon ke atas semangat peradaban manusia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Walaupun parlimen China mengeluarkan arahan melarang perdagangan dan penggunaan binatang liar pada Februari lalu.

Namun pemerintah kota Shenzhen antara yang paling tegas melarang penduduknya makan daging kucing dan anjing.

Untuk rekod, Covid-19 menyerang sejuta orang di seluruh dunia dengan angka kematian direkodkan melebihi 50,000 orang.

Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas selepas Itali dan Sepanyol.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.