Kementerian komunikasi sangkal 3 lagi berita palsu berkait Covid-19

Kementerian komunikasi sangkal 3 lagi berita palsu berkait Covid-19

KKM menafikan bantuan RM250 sebulan Skim Peduli Sihat kepada kumpulan B40 adalah sebahagian daripada pakej rancangan ekonomi yang diumumkan kerajaan semalam.

KKMM berkata, polis Serdang menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tentang ‘total lockdown’ selama 10 hari seperti mesej tular oleh seorang penjawat awam di ibu pejabat polis daerah itu.
KUALA LUMPUR:
Pasukan respons pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyenaraikan 3 lagi berita palsu yang tular di media sosial berkait agensi bertanggungjawab dalam menangani krisis wabak Covid-19 di negara ini.

Dalam satu kenyataan ia menyebut, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan mesej mengatakan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (Peka B40) memberi bantuan sebanyak RM250 sebulan adalah sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan Covid-19 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan.

KKM juga menafikan nota rakaman suara yang didakwa daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Christopher KC Lee, yang juga ketua pasukan Covid-19, Hospital Sungai Buloh bahawa surat yang diterima perlu diasingkan dan dibuka sehari kemudian kerana kononnya seseorang yang positif Covid-19 meludah pada surat sebelum diedarkan.

Dalam pada itu kenyataan yang sama berkata, ketua polis Daerah Serdang turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tentang “total lockdown” selama 10 hari seperti mesej yang tular oleh seorang penjawat awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.