Perlis ganti solat Jumaat hari ini dengan solat Zohor di rumah

Perlis ganti solat Jumaat hari ini dengan solat Zohor di rumah

Raja Perlis mengeluarkan arahan setelah mendapat nasihat KKM mengenai perkembangan Covid-19, serta panduan daripada jawatakuasa fatwa negeri.

Majlis Agama islam Perlis berkata pihak pengurusan masjid di seluruh negeri itu hendaklah mengelakkan daripada mengadakan perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.
KANGAR:
Raja Perlis Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkata, solat Jumaat di seluruh negeri ini hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Raja Muda Perlis Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), berkata, perintah Raja Perlis itu setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan Covid-19, serta menerima panduan dan irshad daripada jawatakuasa fatwa negeri.

“Bagi menjunjung perintah dan perkenan Raja Perlis Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dengan ini memutuskan agar solat Jumaat di seluruh negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan MAIPs, hari ini.

Katanya hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh KKM agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuk aktiviti agama hendaklah dielakkan.

Syed Faizuddin berkata pihak pengurusan masjid di seluruh Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan sebarang perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

Beliau menasihati individu Muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.