Wow… Taman Bunga Matahari tempat terbaik untuk ‘OOTD’ kini di Perlis

Wow… Taman Bunga Matahari tempat terbaik untuk ‘OOTD’ kini di Perlis

Taman Bunga Matahari yang terletak di Perlis kini setanding di Lopburi, Thailand khas buat mereka yang suka 'OOTD'.

Bagi mereka yang suka bergambar ‘OOTD’ Taman Bunga Matahari sememangnya tempat sesuai untuk bergambar bersama kawan-kawan. (Gambar Instagram)

Jika sebelum ini kebanyakan daripada kita memilih untuk ke Lopburi, Thailand bagi menyaksikan keindahan bunga matahari kerana jarak yang berdekatan dengan Malaysia, kini anda tidak perlu lagi ke sana kerana ladangnya sudah terdapat di negara sendiri.

Bagi peminat setia bunga matahari, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri bunga matahari ini di ladangnya yang kini dibuka di Taman Ular dan Reptilia, Kangar, Perlis.

Bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana saiz kuntumannya yang besar ia membuatkan rupanya sentiasa kelihatan segar dan cantik.

Bagi mereka yang suka bergambar ‘OOTD’ Taman Bunga Matahari sememangnya tempat sesuai untuk bergambar bersama kawan-kawan. (Gambar Instagram)

Ladang tersebut terletak di Taman Ular dan Reptilia Kangar, Perlis dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Difahamkan ladang bunga matahari ini baru sahaja dibuka pada bulan Julai lalu.

Bagi anda yang ingin menerokai ladang bunga matahari ini, harga tiket yang ditawarkan juga sangat murah iaitu RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.