AS mungkin kenakan sekatan perjalanan ke atas negara terjejas Covid-19

AS mungkin kenakan sekatan perjalanan ke atas negara terjejas Covid-19

Jabatan Negara AS mengeluarkan nasihat perjalanan baru supaya warga negara itu mempertimban untuk mengunjungi Itali yang turut terjejas.

Dalam tempoh 24 jam lalu, beberapa kes baru Covid-19 dilaporkan di Azerbaijan, Belarus, Iceland, Lithuania, New Zealand, Belanda dan Nigeria. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Donald Trump berkata beliau akan memutuskan sama ada mengenakan larangan perjalanan ke atas negara mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi, lapor agensi berita Sputnik.

“Kita sedang meneliti perkara itu dan akan membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi,” kata Trump pada Jumaat.

Pada hari sama, Jabatan Negara mengeluarkan nasihat perjalanan baru supaya warga Amerika mempertimbangkan untuk mengunjungi Itali yang turut terjejas dengan wabak itu.

Setakat ini, AS mencatatkan 62 kes disahkan, termasuk 6 pesakit telah pulih.

Dalam tempoh 24 jam lalu, beberapa kes baru dilaporkan di Azerbaijan, Belarus, Iceland, Lithuania, New Zealand, Belanda dan Nigeria.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 53 negara terjejas setakat ini.

Laporan harian WHO setakat Khamis menunjukkan 439 kes baru di China dan 746 di lain-lain negara.

Itali mempunyai 78 kes baru – yang tertinggi di Eropah, manakala Iran 46 kes dan Kuwait 31 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.