8 maut dalam tembakan rambang di kafe shisha di Jerman

8 maut dalam tembakan rambang di kafe shisha di Jerman

Lima lagi cedera parah selepas penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan rambang di 2 kafe shisha di barat Jerman.

Sebuah kereta yang rosak dalam tembakan rambang, ditutup dengan kerajang terma di depan sebuah kafe shisha di Hanau, barat Jerman pada Khamis. (Gambar AP)
BERLIN:
Sekurang-kurangnya 8 maut dan 5 lagi cedera parah selepas penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan rambang di 2 kafe shisha di bandar Hanau, barat Jerman, lapor agensi berita Anadolu.

Polis mengesahkan kejadian itu di Twitter dan melancarkan operasi memburu suspek.

“Setakat ini, tiada maklumat mengenai motif serangan,” kata polis dalam kenyataan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis.

Hanau terletak kira-kira 20km dari timur Frankfurt dan mempunyai hampir 100,000 penduduk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.