Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Suami penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia di Jakarta pada 4 pagi tadi.

Ashraf Sinclair dilahirkan di London pada 18 Sept 1979 dan mula terkenal selepas berlakon dalam filem ‘Gol dan Gincu’ pada 2005.
PETALING JAYA:
Pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, meninggal dunia di Jakarta hari ini akibat serangan jantung.

Pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy dipetik Kompas.com berkata, pelakon berusia 40 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.

“Benar (meninggal dunia), tadi pagi,” kata Doddy dipetik portal berita itu.

Ashraf yang dilahirkan di London pada 18 Sept 1979 pernah menjadi model dan mula terkenal selepas berlakon dalam filem “Gol dan Gincu” pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 Nov 2008 dan mempunyai seorang anak.

Beliau ialah abang ipar kepada penyanyi Yuna yang berkahwin dengan adiknya, Adam Sinclair.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.