
PETALING JAYA: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai ketua polis Johor.
Bukit Aman dalam kenyataan hari ini mengumumkan Ayob Khan menggantikan Mohd Kamarudin Md Din yang ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Pertukaran itu berkuat kuasa 3 Mac ini.
Ayob Khan yang merupakan penolong pengarah E8 dilantik sebagai ketua penolong pengarah cawangan itu pada 11 Ogos 2016.