
Amman, 20, dinamakan polis sebagai penyerang yang menikam 2 orang sebelum dia ditembak mati oleh anggota yang mengawasinya.
Pada Nov 2018, dia mengaku bersalah memiliki dokumen-dokumen pengganas dan mengedar penerbitan pengganas, dan bulan berikutnya dia dijatuhkan hukuman lebih 3 tahun penjara.
Dia berusia 17 tahun dan tinggal bersama ibu dan adik-adiknya apabila dia mula melakukan kesalahan terorisme, menurut pihak berkuasa.
Polis mula menyedari kegiatannya pada April 2018 dan dia ditahan polis di utara London sebulan kemudian.
Apabila polis memeriksa komputer dan telefonnya, mereka dapati dia memuat turun bahan-bahan mengenai pembikinan bahan letupan dan melakukan serangan pengganas, kata polis.
Mesej-mesej menunjukkan dia berbincang dengan keluarga, kawan-kawan dan teman wanita tentang pandangan ekstrems dan keinginan untuk melakukan serangan, selalunya tertumpu kepada penggunaan pisau, kata polis.
Pada Disember 2017, Amman memuatnaik gambar pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi, yang terbunuh dalam serbuan Amerika Syarikat di Syaria pada Oktober, dan memberitahu adiknya dalam satu pesanan bahawa ramai orang sudah terima IS.
Dia juga menggambarkan wanita Yazidi sebagai hamba dan berkata Al-Quran membenarkan mereka dirogol, dan dalam mesej lain dia mengalakkan teman wanitanya memenggal ibu bapanya.
Polis berkata dia berkongsi majalah Al-Qaeda dengan keluarganya dan semasa berbincang tentang sekolah dengan adiknya dia tulis dia lebih rela meletupkan diri sendiri.