
Yusoff, yang turut memfailkan saman terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kerana menyerangnya berkata, beliau akan mempertahankan diri daripada semua tuduhan yang dibuat oleh pengerusi PKR Perak itu.
Saman Farhash, yang difailkan Jumaat lepas adalah berkaitan satu sidang akhbar yang diadakan oleh Yusoff pada 4 Dis lepas, yang menyaksikan beliau mempersoal polis yang tidak bertindak ke atas laporan polis beliau yang mendakwa Farhash menyerangnya pada Mei tahun lepas.
Yusoff, yang menyifatkan Farhash sebagai “orang suruhan” Anwar Ibrahim” berkata, ia adalah percubaan untuk mengalih tumpuan awam, selain menambah bahawa beliau belum menerima saman tersebut.
“Ia adalah percubaan untuk mengalih tumpuan awam dan saya daripada isu asas yang dihadapi,” kaya Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik pejabat Anwar di Petaling Jaya.
Beliau juga sebelum ini mendakwa Anwar membuat serangan seksual ke atasnya pada Okt 2018.
Jabatan Peguam Negara awal bulan ini bagaimanapun berkata, tidak terdapat alasan yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.
Yusoff berkata, perbicaran di mahkamah akan membolehkan “kebenaran diketahui”.
“Saya mahu berdepan dengan pembuat dakwaan palsu dan memalukan ini di mahkamah,” katanya.
Sept lepas, Yusoff, yang juga merupakan cucu tokoh gerakan pengguna Pulau Pinang SM Mohamd Idris memfailkan satu saman terhadap Farhash dengan mendakwa belia menumbuknya beberapa kali tanpa provokasi di pejabat Anwar di Bukit Gasing pada Mei tahun lepas.
“Serangan ganas itu bertentangan dengan undang-undang dan berlaku di tempat kerja plaintif,” katanya dalam pernyataan tuntuannya.
Yusoff juga memfailkan saman terhadap setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berhubung beberapa kenyataan akhbar beliau mengenai insiden tersebut.