China umum kematian mangsa virus ke-4

China umum kematian mangsa virus ke-4

Pegawai kerajaan China mengesahkan koronavirus baru yang melanda negara itu boleh tersebar dari orang ke orang.

SHANGHAI:
Pegawai kerajaan China yang menyiasat wabak radang paru-paru akibat sejenis koronavirus baru berkata penyakit itu boleh tersebar dari orang ke orang tetapi boleh dihentikan dengan kesiagaan yang tinggi, ketika pihak berkuasa hari ini mengesahkan kematian ke-4.

Zhong Nanshan berkata tiada bahaya wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), yang bermula di China dan meragut nyawa hampir 800 orang serata dunia pada 2002-2003, akan berulang selagi tindakan pencegahan diambil.

“Ia hanya memerlukan 2 minggu untuk mengenalpasti koronavirus baru,” kata Zhong semalam menurut laporan agensi berita Xinhua.

Wabak itu masih diperingkat awal dan China memiliki sistem pengawasan dan kuarantin yang baik bagi mengawalnya, tambahnya.

Wabak itu merebak dari bandar Wuhan ke bandar-bandar lain termasuk Beijing dan Shanghai, dengan lebih 200 kes dilaporkan setakat ini. Empat kes dilaporkan berlaku di luar China – di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

Pihak berkuasa China mengesahkan 217 kes virus itu di China setakat 6 petang pada Isnin, kata laporan televisyen rasmi, di mana 198 daripadanya di Wuhan.

Mangsa ke-4 meninggal dunia pada 19 Jan, kata Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan. Lelaki berusia 89 tahun itu, yang juga menghidap penyakit jantung koronasi, mengalami simtom-simtom pada 13 Jan di dimasukkan ke hospital 5 hari kemudian.

Zhong mengesahkan virus itu boleh berpindah dari orang ke orang. Lima belas pekerja kesihatan di Wuhan didiagnos dengan radang paru-paru, dengan seorang lagi disyaki, kata Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan.

Seorang kakitangan yang dijangkiti berada dalam keadaan kritikal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.