Putera Harry, isteri umum ‘berundur’ dari istana

Putera Harry, isteri umum ‘berundur’ dari istana

Pasangan itu dilaporkan tidak membincangkan keputusan mereka dengan mana-mana anggota kerabat diraja yang lain.

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengumumkan mereka “berundur” sebagai kerabat diraja Britain dan merancang menguruskan sendiri kehidupan mereka.

“Selepas beberapa bulan berfikir dan perbincangan dalaman, kami memilih untuk membuat peralihan tahun ini.

“Kami berhasrat untuk berundur sebagai anggota kanan kerabat diraja dan berusaha mencapai kemandirian kewangan, sambil terus menyokong Yang Teramat Mulia Ratu sepenuhnya,” tulis mereka di Istagram memetik laporan CNN.

Bagaimanapun pasangan itu dilaporkan tidak membincangkan keputusan mereka dengan mana-mana anggota kerabat diraja yang lain.

Difahamkan pihak istana sangat kecewa susulan pengumuman itu di mana anggota kanan kerabat diraja itu terluka dengan berita tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas hantaran Instagram pasangan itu, Istana Buckingham berkata situasi itu “rumit”.

“Perbincangan dengan The Duke dan Duchess of Sussex berada di peringkat awal.

“Kami memahami keinginan mereka untuk mengambil pendekatan yang berbeza, tetapi ini adalah masalah rumit yang akan mengambil masa untuk diselesaikan.” menurut kenyataan jurucakap istana yang tidak ditandatangani.

Pengumuman itu menunjukkan pasangan terbabit kini mempunyai kehidupan sendiri yang mereka selalu dambakan.

Harry dan isteri bagaimanapun tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas perkara itu.

Harry merupakan pewaris ke-5 tahkta kerajaan British dan merupakan cucu Ratu Elizabeth.

Beliau berkahwin dengan Meghan yang juga bekas pelakon Amerika Syarikat pada 2018 dan mereka dikurniakan gelaran Duke of Sussex.

Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Archie Harrison pada 2019.

Meghan menjadi rakyat AS ke-2 yang berkahwin dengan kerabat diraja British.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.